“Setiap infaq anda adalah batu bata menuju syurga. Mari bersama membina Masjid Al-Ehsan di Bulan Jamadilawal , rumah Allah yang menanti sentuhan kita semua.”
Sudah bertahun-tahun, setiap kali Jumaat, ramai jemaah terpaksa solat di luar bawah panas terik dan hujan. Kini, Masjid Al-Ehsan memerlukan bantuan anda untuk membina rumah Allah yang lebih selesa dan luas untuk generasi seterusnya.


Dunia Akan Kita Tinggalkan, Tapi Pahala Dari Infaq Ini Akan Terus Hidup Selamanya.
Dana Diperlukan
5,200,000
Jumlah Kutipan
175,174
Masih Diperlukan
5,024,826

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
“Barang siapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.”
Hadis Riwayat al-Bukhari (450) & Muslim (533)

“Ruang solat yang kecil, jemaah terpaksa bersesak setiap kali Jumaat.”
Masjid Al-Ehsan kini hanya mampu menampung kira-kira 300 jemaah sahaja.
Setiap kali solat Jumaat, ramai terpaksa solat di luar bangunan , ada yang di bawah terik matahari, ada pula berhujan di tepi jalan. Keadaan ini bukan sekadar tidak selesa, malah membahayakan keselamatan jemaah warga emas dan kanak-kanak. Masjid lama yang menjadi nadi ibadah penduduk Kampung Belanga kini tidak lagi mampu menampung pertambahan penduduk sekitar Kuala Krai.

“Masjid lama sudah uzur dan tidak lagi memenuhi keperluan masyarakat.”
Struktur bangunan lama semakin usang, ruang wuduk dan tandas tidak mencukupi, serta tempat letak kenderaan yang terhad menyebabkan kesesakan setiap kali waktu solat.
Aktiviti agama seperti kuliah, kelas al-Quran dan program remaja tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana kekangan ruang.
Sudah tiba masanya Masjid Al-Ehsan dibina semula — sebuah masjid tiga tingkat bernilai RM5.2 juta yang mampu memberi keselesaan kepada seluruh penduduk Kampung Belanga dan sekitarnya.
“Ya Allah, jadikan setiap sumbangan kami ini sebagai asbab terbina rumah-Mu, limpahkan rahmat dan pahala yang berterusan buat para penyumbang.”
Bayangkan setiap kali azan bergema di Masjid Al-Ehsan, pahala itu terus mengalir kepada anda. Infaq hari ini mungkin kecil di mata manusia, tetapi besar di sisi Allah. Masjid ini akan menjadi saksi cinta anda kepada rumah-Nya dan bukti amal yang tidak akan terputus sampai akhirat.
Projek pembinaan Masjid Al-Ehsan ini telah mendapat sokongan rasmi daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Semua sumbangan disalurkan terus ke akaun rasmi jawatankuasa pembinaan masjid.


Ayuh kita jayakan pembinaan Masjid Al-Ehsan. Semoga setiap infaq kita menjadi sebab terbukanya pintu syurga, setiap solat di dalamnya menjadi saksi cinta kita kepada Allah.
Masjid Al-Ehsan dibina pada tahun 1989 dan siap sepenuhnya dua tahun kemudian. Ia mula digunakan pada tahun 1991 sebagai pusat ibadah utama bagi penduduk Kampung Belanga. Pembinaannya menelan kos RM100,000 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, di atas tanah wakaf seluas 710 meter persegi milik Allahyarham Tok Che Mat @ Che Mat Sarah.
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Dengan berinfaq kepada Masjid Al-Ehsan, anda:
- Membangun rumah Allah sebagai sedekah jariah kekal
- Menjadi asbab orang lain beribadah
- Mendapat ganjaran berterusan setiap kali azan berkumandang
- Menyumbang kepada warisan Islam generasi akan datang
Salurkan infaq anda di:
Infaq Masjid Al-Ehsan
Masjid Al-Ehsan kini hanya mampu menampung kira-kira 300 jemaah sahaja. Setiap kali solat Jumaat, ramai terpaksa solat di luar ba

0307 2010 1433 59
TABUNG PEMBINAAN MASJID AL EHSAN













